OPS MERAH OLEH JPJ PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

 

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)

 

Unit Penguatkuasaan Bermotosikal ( UPB ) JPJ Negeri Pulau Pinang terus komited menjalankan Ops Merah iaitu penguatkuasaan terhadap pematuhan isyarat berhenti ketika lampu isyarat merah. Penguatkuasaan secara berfokus dibeberapa lokasi terpilih yang dikenalpasti seringkali berlaku ketidapatuhan peraturan ini telah dilakukan iaitu di lampu isyarat jalan Rozhan, Bukit Mertajam dan lampu isyarat Jalan Sungai Bakap ke Jawi.
Sebanyak 43 notis saman telah dikeluarkan atas kesalahan tidak berhenti ketika lampu isyarat merah.
Pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal adalah dinasihatkan supaya patuh pada peraturan dan undang-undang jalan raya bagi mengelak daripada dikenakan tindakan penguatkuasaan serta terdedah risiko kemalangan. Kecuaian dan kealpaan boleh mengundang padah. Keselamatan di jalan raya tanggungjawab kita bersama.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …