?? ????????? | ????? ???????? ?? ???????? ?????? ???? ????

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

Β 

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)

 

APMM Pulau Pinang telah mengatur gerak sebuah bot ronda PERKASA 1220 ke perairan Padang Kota Lama selepas menerimaΒ  panggilan daripada Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi melalui MERS 999 pada 13 Ogos 2022.Β  Berikutan itu, APMM Pulau Pinang menemukan mayat di kedudukan 0.7 batu nautika timur laut Padang Kota Lama.

Mayat tersebut dipercayai seorang lelaki berseluar pendek serta berbaju singlet putih, namun tiada sebarang identifikasi diri ditemukan. Mayat mangsa kemudian dibawa ke jeti Polis Marin Batu Uban, sebelum diserahkan ke Hospital Besar Pulau Pinang oleh pihak Polis Timur Laut untuk tindakan lanjut.
Setakat ini, Maritim Malaysia Pulau Pinang belum menerima sebarang aduan berkenaan orang hilang di laut dan memohon mana-mana individu yang kehilangan ahli keluarga atau saudara segera tampil di balai polis yang berdekatan.

Artikel/Berita Terkini

28,531 CALON UPKK 2023 RAIH KEPUTUSAN CEMERLANG 8A

PUTRAJAYA, 18 APRIL: Seramai 28,531 daripada 230,587 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya mencatatkan keputusan cemerlang …
Maklumat Lanjut

TIPS PENGGUNAAN BARANGAN ELEKTRIK SEMASA DI RUMAH

Barangan elektrik tidak dapat dinafikan sangat banyak membantu memudahkan tugasan domestik seharian. Tugasan memasak, mengemas rumah dan mencuci pakaian tidak …
Maklumat Lanjut

LAPAN ANGGOTA FRU DIDAKWA SIMPAN BAHAGIAN BADAN PELANDUK

Lapan anggota polis dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menyimpan bahagian …
Maklumat Lanjut