CERAMAH KHAS SAMBUTAN AWAL MUHARRAM 2022M/1444H IPD BARAT DAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengukuhan Kesihatan Minda dan Ketahanan Rakyat)

IPD Barat Daya telah mengadakan ceramah khas bertajuk “Hijrah Bukan Sekadar Niat” pada 10 Ogos 2022 di Bilik Media, IPD Barat Daya. Ceramah yang diadakan sempena bulan Muharam ini disampaikan oleh penceramah bebas, YBhg. Ustaz Muhammad Hafifi bin Don.

Intipati ceramah khas ini ialah setiap individu yang beragama Islam hendaklah mencontohi akhlak mulia yang ditunjukkan oleh Rasulullah dan mengamalkannya dalam kehidupan harian bagi melahirkan modal insan sekaligus dapat membentuk sikap yang lebih positif dalam melaksanakan tugas sebagai ibadah.

Ceramah ini dihadiri oleh YBhg. Puan Zaiton binti Othman, Pengerusi PERKEP IPD Barat Daya dan YDH DSP Jafri bin Md Zain Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya. Turut menghadiri program ini ialah Pegawai Kanan, Pegawai Rendah dan Pegawai Awam IPD Barat Daya.

Sumber : IPD BARAT DAYA

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …