????????? ????????????? ?????? ????? ?????? ???????? ??? ??????? ?????????? ?????? ????? ?????? ????? ????

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Ketenteraman Awam)

Mesyuarat Permuafakatan antara PDRM dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang telah diadakan pada 10 Ogos 2022 di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut Pulau Pinang. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YDH CP Dato’ Mohd Shuhaily bin Mohd Zain, Ketua Polis Pulau Pinang.

Antara objektif permuafakatan yang dibincangkan adalah berkaitan kolaborasi di antara PDRM bersama Jabatan Pendidikan Negeri dalam membendung kegiatan jenayah di kalangan pelajar sekolah serta membincangkan isu-isu hal ehwal pelajar dalam menangani salah laku bagi mengurangkan kadar jenayah indeks yang melibatkan pelajar dengan mengkoordinasikan sumber-sumber sedia ada dari PDRM dan JPN.

YBrs Tuan Haji Wan Sajiri bin Wan Hassan, Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD telah hadir mewakili Pengarah Pendidikan Negeri Pulau Pinang.

Sumber : IPD TIMUR LAUT

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.Β  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR Β KOTA KINABALU: Sindiket β€˜bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …