SESI LIBAT URUS DAN SESI TEMU BUAL KUMPULAN BERFOKUS (FOCUS GROUP DISCUSSION – FGDs) BAGI KAJIAN INDEKS KESELAMATAN KEBANGSAAN (IKK) NEGERI SEMBILAN

Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri telah melantik pasukan penyelidik daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk menjalankan kajian Indeks Keselamatan Kebangsaan (IKK) di seluruh Negara yang menggariskan sembilan (9) nilai teras dalam Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025. 

Sebagai salah satu instrumen pelaksanaan kajian, pasukan penyelidik UiTM dengan kerjasama MKN Negeri Sembilan telah melaksanakan Temu Bual Kumpulan Berfokus (Focus Group Discussions-FGDs) yang melibatkan pegawai/kakitangan daripada pelbagai kementerian, jabatan dan agensi peneraju sektor keselamatan di Negeri Sembilan yang melaksanakan strategi-strategi yang telah digariskan di dalam Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025.

FGDs yang berlangsung selama 2 hari bermula dari 10 hingga 11 Ogos 2022 ini telah dijalankan di Bilik Gerakan 1 dan 2, MKN Negeri Sembilan dan melibatkan penglibatan sebanyak 28 agensi kerajaan di Negeri Sembilan. FGDs ini juga telah berjaya dilaksanakan bagi kesemua Nilai Teras Keselamatan Negara, Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua agensi yang terlibat dalam menjayakan FGDs ini.

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …