TRAGEDI BOT KARAM DI PERAIRAN PULAU REDANG-5 ORANG DIKHUATIRI LEMAS


KUALA TERENGGANU, 11 OGOS 2022


Tiga mayat mangsa tragedi bot nelayan karam di perairan Pulau Redang dijumpai di lokasi berlainan pada jarak antara 1.7 hingga 1.9 batu nautika dari pulau berkenaan. Ketiga-tiga mangsa, Saludin Ismail, 50; Mohd Nazri Abu Bakar, 48 dan Zulkifli Umar, 48 ditemukan sekitar jam 11 pagi hingga 1.30 tengah hari oleh nelayan setempat, pada Rabu.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Ramli, berkata, setakat ini dua lagi mangsa iaitu Ahmad Zamri Ishak, 66 dan Raja Zainudin Raja Ibrahim, 49 masih belum dijumpai.

Ketiga-tiga mayat mangsa dibawa ke Jeti Maritim Terengganu oleh Kapal Maritim (KM) Redang sekitar jam 6.30 petang dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut. Setakat ini dua lagi nelayan iaitu Ahmad Zamri Ishak dan Raja Zainufin Raja Ibrahim masih belum ditemui. Usaha pencarian kedua-dua mangsa ditangguh sekitar jam 7 petang tadi akibat cuaca gelap dan akan disambung esok.

Muhammad Suffi sebelum ini melaporkan, bot yang dinaiki enam nelayan tempatan dipercayai karam lebih kurang 10 batu nautika dari Pulau Redang pada isnin kira-kira jam 10 malam. Seorang daripada enam nelayan tersebut, Muhammad Kamaruddin Yudi, 31, telah ditemui selamat.
Sebelum itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengkoordinasikan operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) bagi mengesan bot TFA 124 terdiri daripada enam kru termasuk tekong dipercayai karam pada 10.00 malam Isnin lalu. Bot nelayan tempatan dengan nombor pendaftaran TFA 124 berdaftar dan keluar dari Jeti Pasir Puteh, Kelantan. Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Ramli memaklumkan bahawa Maritim Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan telah mengaktifkan SAR semalam bagi mengesan bot tersebut.
*———-*

‘NILAI TERAS 8 : KESELAMATAN RAKYAT’

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut