MEROKOK DI KAWASAN LARANGAN, ANDA AKAN DIKOMPAUN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewartakan tempat makan di seluruh negara sebagai kawasan larangan merokok berkuatkuasa mulai 1 Januari 2019 dengan penguatkuasaan pendidikan selama dua belas (12) bulan dan diikuti dengan penguatkuasaan penuh bermula 1 Januari 2020. Ini merupakan perluasan pewartaan di tempat makan di bawah Peraturan 11(1)(d) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pindaan 2018, berkuatkuasa mulai 1 Januari 2019.

Pada 10 Ogos 2022, Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah (PKDSPT) dalam satu (1) aktiviti penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 telah mengeluarkan sebanyak 13 notis bagi kesalahan merokok di tempat larangan merokok.

Sebanyak 10 notis kesalahan merokok di bawah Peraturan 11(1)(d) PPKHT 2004 iaitu merokok di kedai makan dan tiga (3) notis kesalahan di bawah Peraturan 14(1) iaitu tiada tanda larangan penjualan hasil tembakau kepada Orang Belum Dewasa di kaunter premis. Aktiviti penguatkuasaan telah dijalankan sekitar Juru dan Bandar Bukit Mertajam. Seramai 19 orang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) terlibat dalam aktiviti penguatkuasaan rutin ini. Mereka yang telah menerima notis kesalahan boleh membayar atau menjelaskan tawaran kompaun di mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.

Selain tempat makan, seluruh kawasan lapangan terbang turut digazetkan sebagai kawasan larangan merokok mengikut Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. Sehubungan itu, Pejabat Kesihatan Pintu Masuk Antarabangsa (PKPMA) Pulau Pinang dalam satu (1) aktiviti penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 telah mengeluarkan sebanyak enam (6) notis bagi kesalahan merokok di tempat larangan merokok (lapangan terbang) dibawah Peraturan 11(1)(g) PPKHT 2004. Seramai tujuh (7) orang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) terlibat dalam aktiviti penguatkuasaan rutin ini.

Orang awam dinasihatkan supaya mengambil berat dan cakna terhadap undang-undang atau peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan khususnya larangan merokok di kawasan larangan merokok. Ia bertujuan melindungi orang awam daripada kesan buruk akibat daripada asap rokok.

 

Sumber rujukan:

Laman sesawang KPKesihatan

Laman Facebook JKN Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

PENTINGKAH KEAMANAN DAN KEDAMAIAN DALAM SESEBUAH NEGARA?

Saban hari, persoalan tersebut sering bermain di fikiran setiap generasi muda yang baru hendak melangkah ke alam dewasa. Di mana …
Maklumat Lanjut

PENGETAHUAN CPR MASIH RENDAH DIKALANGAN MASYARAKAT KITA

Pengetahuan asas bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dalam kalangan masyarakat  di negara ini masih rendah meskipun bilangan kes kematian mengejut dilaporkan …
Maklumat Lanjut

DASAR TRANSFORMASI DIGITAL, PELAN NTER DAN NIMP 2030 BANTU PELABUR MELIHAT KEKUATAN YANG ADA PADA MALAYSIA

DASAR TRANSFORMASI DIGITAL, PELAN NTER DAN NIMP 2030 BANTU PELABUR MELIHAT KEKUATAN YANG ADA PADA MALAYSIA Datuk Seri Anwar Ibrahim …
Maklumat Lanjut