PUSPAKOM DAN JPJ KERJASAMA SEMAK SEMULA KAEDAH PEMERIKSAAN KENDERAAN BERAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)

Sebanyak 15.8 peratus atau 42,772 kenderaan berat gagal mematuhi piawaian pemeriksaan yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Ia hasil pemeriksaan secara berkala Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) terhadap sejumlah 270,385 kenderaan berat. Malah 4.6 peratus atau 12,339 kenderaan berat, gagal dalam ujian kecekapan brek.

Berikutan itu, Puspakom menyambut baik cadangan JPJ untuk menyemak semula kaedah pemeriksaan kenderaan berat membabitkan tahap keselamatan yang tinggi seperti pemeriksaan kecekapan brek, keselamatan tayar dan komponen lain.

Pada ketika ini, kaedah pemeriksaan sedia ada dibuat sebagaimana ditetapkan di bawah Kaedah- kaedah Kenderaan Motor (Pemeriksaan Berkala, Kelengkapan dan Standard Pemeriksaan) 1995. Sehubungan itu, di bawah cadangan itu (cadangan menyemak semula), kaedah pemeriksaan kenderaan boleh diselaraskan oleh Puspakom apabila diputuskan oleh JPJ kelak dan ia tidak membabitkan perubahan kepada peralatan pemeriksaan sedia ada.

Sumber:

Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut