KUALA LUMPUR – Program Talk To Us telah dilaksanakan pada 9 Ogos 2022 bertempat di Shell Taman Mastiara, Kuala Lumpur. Kehadiran pihak PDRM diketuai oleh S.Insp Norazmi Amin bin Abd Rahman bersama Kpl Siti Ma sari, Kpl Mohammad Faiz dan Kpl Amiza. Objektif program dengan mengedarkan risalah jenayah komersial dan memberi maklumat serta memberi penerangan berkaitan trend jenayah, tips pencegahan dan modus operandi. Disamping itu, mendekati masyarakat secara bersemuka bagi mendapatkan maklumbalas segera tentang perkhidmatan PDRM dalam mendidik masyarakat berkenaan pencegahan jenayah, Keselamatan dan kesejahteraan komuniti. Dalam masa yang sama, anggota Amanita mendekati golongan wanita dan suri rumah dalam menjaga keselamatan di kawasan kejiranan. Golongan wanita dan suri rumah yang akan menjadi rakan Amanita dalam memberi maklumat kawasan kejiranan.
SUMBER: POLIS BALAI JINJANG