UTeM-UAE RANGKA KERJASAMA PENDIDIKAN BERIMPAK TINGGI

DURIAN TUNGGAL 10 Ogos – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) memperkukuh jaringan strategik dan kolaborasi antarabangsa bersama organisasi Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang memfokuskan kepada dua agenda utama iaitu pemerkasaan program pasca siswazah antarabangsa dan penyelidikan teknologi.

Naib Canselor UTeM, Prof Dr Massila Kamalrudin berkata, lawatan kerja itu dapat membina hubungan erat bersama UAE dalam agenda pertukaran pelajar, promosi akademik dan program lain yang berpotensi.

“Hubungan dua hala antara Malaysia dan UAE akan terus berkembang dalam pelbagai bidang yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua negara. Kita telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Pengarah UNI Student, Dr. Salleh Altahboush bagi perbincangan kerjasama berkaitan program pasca siswazah antarabangsa. UNI Student merupakan agensi perundingan pendidikan profesional dan terkemuka dunia dalam pengurusan pelajar antarabangsa yang berkualiti ke institusi pendidikan di serata dunia,” katanya dalam satu kenyataan media, baru-baru ini.

Pada masa yang sama, turut diadakan satu lagi lawatan delegasi UTeM diwakili Pengarah Pusat Antarabangsa, Dr. Siti Hajar Sheikh Md. Fadzullah dan Ketua Pegawai Operasi UTeM, Masdzarif Mahat telah mengadakan perbincangan kerja dan akademik bersama Pengarah Eksekutif Advanced Materials Research Centre (AMRC) of Technology Innovation Institute, Prof Zhongwei Guan.

Menurut Dr. Siti Hajar menerusi perbincangan itu jaringan antarabangsa UTeM dapat diperkukuhkan dengan perancangan kolaborasi penyelidikan dalam bidang tujahan melalui geran antarabangsa dan mobiliti staf antara kedua-dua pihak.

Untuk rekod Advanced Materials Research Centre of Technology Innovation Institute merupakan sebuah institut penyelidikan yang tergolong dalam Majlis Penyelidikan Teknologi Termaju Kerajaan Abu Dhabi (ATRC) yang menyelia penyelidikan teknologi di UAE di samping menarik inovator dan perintis terkemuka di peringkat serantau dan global.

SUMBER: MELAKA HARI INI

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …