PERSIDANGAN TERENGGANU SEJAHTERA: ‘Ke Arah Terengganu Berdaya Tahan’


KUALA TERENGGANU, 11 OGOS 2022


PERSIDANGAN TERENGGANU SEJAHTERA’ ke arah Terengganu yang Berdaya Tahan’ telah diadakan bermula 9 Ogos 2022 sehingga 11 Ogos 2022 yang melibatkan beberapa sesi seperti seminar Terengganu berdaya tahan dan sesi bengkel perundingan.

Persidangan ini adalah merupakan satu program anjuran Kerajaan Negeri dengan kerjasama Terengganu Strategic & Integrity Institute – TSIS , UMT – Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Sultan Zainal Abidin yang dilihat sebagai batu loncatan dalam memperkuatkan dan memperkukuhkan kembali sistem ekonomi, sosial dan pentadbiran untuk negeri ini. InSya-Allah.

Selain pandemik C0VID-19, Negeri Terengganu juga diuji dan terkesan dengan krisis geo-politik antarabangsa serta perubahan iklim yang sangat sukar untuk dibendung lagi. Oleh itu, bagi mengatasi dan mengawal situasi ini daripada terus membelenggu kehidupan rakyat Terengganu, satu usaha untuk mengangkat kembali prestasi ekonomi dan sosial negara dan negeri khususnya bumi Darul Iman ini perlu diadakan dalam menjadikannya ke arah Terengganu yang Berdaya Tahan dan Utuh dalam mendepani cabaran dan rintangan yang mendatang.

Dalam sesi ucaptama dan perasmian oleh YAB Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, beliau turut menekankan mengenai Tujuh bidang keutamaan yang perlu diberikan tumpuan oleh semua pihak merangkumi:

  1. Modal insan dan kesejahteraan sosial
  2. Internet benda dan revolusi 4.0
  3. Kewangan dan ekonomi
  4. Perniagaan dan keusahawanan
  5. Pertanian dan sekuriti makanan
  6. Kepenggunaan dan kos sara hidup
  7. Kelestarian pembangunan dan pembandaran

Sepanjang persidangan tersebut, TPr Hj Hassan bin Yaakob, Timbalan Ketua Pengarah PLAN Malaysia turut menyampaikan pembentangan yang berkisarkan Agenda Malaysia Berdaya Huni Ke Arah Terengganu Sejahtera yang berkaitan dengan Indeks Daya Huni Malaysia (iDAM), dokumen perancangan yang memfokuskan prestasi dan pencapaian negeri Terengganu serta halatuju pembangunan negara berdasarkan dokumen terbitan dari PLANMalaysia.

Semoga persidangan ini dapat memberi satu semangat dan nafas baru kepada para pemegang taruh dalam memastikan hasrat Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera tercapai.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …