KELESTARIAN ALAM SEKITAR: INFO DARI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)

Sisa kumbahan terhasil daripada aktiviti seharian manusia daripada tandas, bilik air, singki dapur dan juga air dari mesin basuh. Air sisa ini terkumpul dan disalurkan ke paip pembetungan seterusnya ke loji rawatan kumbahan untuk dirawat. Ini bagi memastikan efluen yang dilepaskan ke sungai atau tasik mematuhi piawaian kualiti yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar bagi menjamin keselamatan sumber air untuk digunakan semula.

Selain peranan kita sebagai pengguna dalam memastikan sumber air terjaga dan bebas dari sebarang pencemaran, kita juga perlu memastikan penggunaan air digunakan secara berhemat. Sikap ini dapat mengurangkan bil air bulanan dan seterusnya memupuk gaya hidup hijau untuk kelestarian alam. Rujuk infografik di bawah sebagai langkah-langkah penjimatan air:

Sumber rujukan:

Laman Facebook Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara

Artikel/Berita Terkini

PASTIKAN PAKAI TOPI KELEDAR YANG BERSIRIM

Jangan hanya memakai topi keledar, pastikan ia mempunyai pensijilan SIRIM yang diiktiraf bagi menjamin tahap keselamatan yang ditetapkan. Topi keledar …

PANDUAN PELARASAN CERMIN SISI KENDERAAN

Nampak Jelas, Lebih Selamat! Jangan terus memandu sebelum memastikan cermin sisi dilaras dengan betul. Pastikan pandangan ke belakang lebih luas …

TIP HORMATI JALUR GEMILANG

Hormati Jalur Gemilang dengan mengamalkan etika yang betul sebagai tanda cinta kepada negara. Bersama kita pelihara simbol kedaulatan dan maruah …