MALAYSIA DAN INDONESIA CAPAI PERSEFAHAMAN KESELAMATAN DAN PERTAHANAN SERANTAU

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 9: PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA (Hubungan Diplomatik Antarabangsa)

Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama Menteri Pertahanan Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama (TYT) Prabowo Subianto telah mempengerusikan secara bersama Mesyuarat Ke-42 General Border Committee Malaysia – Indonesia di Wisma Perwira ATM pada 9 Ogos 2022.

Mesyuarat GBC pada tahun ini sekali lagi memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kerjasama pertahanan dan pembangunan sosio-ekonomi di sepanjang sempadan Malaysia-Indonesia. Ianya dimanfaatkan bagi membincangkan dan mengambil maklum pelaporan kemajuan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan di bawah seliaan High-Level Committee.

Menerusi perjumpaan dua hala ini, Menteri Kanan Pertahanan dan Menteri Pertahanan Republik Indonesia telah melaksanakan Mesyuarat Dua Hala bagi berkongsi pandangan mengenai usahasama pertahanan dan keselamatan. Kedua-dua Menteri Pertahanan turut bersetuju dalam melaksanakan Latihan Gabungan Bersama Malaysia–Indonesia Darat Samudera Angkasa (LATGABMA MALINDO DARSASA) yang melibatkan tiga cabang perkhidmatan akan dilaksanakan semula pada tahun 2023 dengan berfokus kepada anti keganasan.

Dalam pada itu, satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah dimeterai bagi memberi suntikan nafas baharu kepada kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Indonesia. Secara amnya, MoU yang ditandatangani ini bakal membolehkan kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara dapat diperluaskan.

Hadir bersama Ketua Setiausaha, YBhg. Dato’ Sri Muez Abd Aziz, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi Buang TUDM dan pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pertahanan, ATM, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta delegasi.

Sumber:

BERNAMA

Laman Facebook Kementerian Pertahanan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …