JAUHI DADAH, LEBIH BAIK CEGAH!

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Jenayah Berkaitan Dadah)

Demi mengubah masyarakat mahupun orang sekeliling, kita harus bermula dengan merubah diri sendiri. Kita tidak boleh menguasai hati orang untuk berubah dan juga sebaliknya. Dalam konteks penyalahgunaan dadah, usah sesekali mencuba, lebih baik cegah.

Penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang melibatkan perlakuan yang berulang-ulang atau penggunaan dadah yang berlebihan. Pada kebiasaannya ia akan mendatangkan perasaan gembira melampau atau ketagih bertujuan lari daripada kenyataan.

Penyalahgunaan dadah / bahan terlarang melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah yang akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian.

Pada 10 Ogos 2022, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Barat Daya, Pulau Pinang, Unit Rawatan dan Penguatkuasaan telah bertindak menjejaki beberapa klien yang gagal hadir melapor diri dengan mengunjungi ke rumah mereka. Ini bertujuan bagi mengenalpasti punca-punca ketidakhadiran klien tersebut ke program AADK. Kegagalan klien untuk hadir lapor diri membolehkan mereka dikenakan tindakan Langgar Syarat Pengawasan, iaitu penjara tidak lebih 3 tahun atau sebatan tidak lebih 3 kali atau kedua-duanya.

Klien-klien dinasihatkan untuk sentiasa bersemangat mengubah diri kea rah yang lebih baik, Usah patah semangat, percaya pada diri bahawa anda mampu berubah.

 

Sumber rujukan:

Laman Facebook Agensi Anti Dadah Kebangsaan

Laman Facebook AADK Barat Daya Penang

Portal KKM MyHealth

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …