“BUY NOW PAY LATER” PERANGKAP TERSEMBUNYI BAGI GOLONGAN MUDA DAN PENGGUNA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengukuhan Ketahanan Rakyat)

Dewasa kini, pelbagai platform membeli belah atas talian telah menawarkan mekanisme pembayaran secara “Buy Now Pay Later” (BNPL) atau “Beli Dahulu Bayar Kemudian” kepada pengguna aplikasi mereka. Cara pembayaran begini memudahkan para pembeli untuk mendapatkan barang keperluan yang di inginkan dan membuat pembayaran secara ansuran pada satu tarikh yang ditetapkan. Menurut rekod, jumlah transaksi BNPL pada tahun 2021 yang melibatkan penyedia BNPL bukan bank di Malaysia telah melonjak dengan drastik iaitu sebanyak RM1.49 bilion berbanding pada tahun 2020 iaitu sebanyak hanya RM55 juta sahaja.

Namun begitu, kemudahan yang ditawarkan ini telah menimbulkan kegusaran kepada beberapa pihak dimana ia dilihat akan menambahkan beban hutang kepada isi rumah dan terutama sekali kepada golongan muda. Sifat kehendak yang melebihi keperluan bagi golongan muda yang kurang literasi kewangan akan menambahkan luka terhadap beban hutang yang ditanggung mereka lalu akan merisikokan diri mereka dalam kancah hutang yang banyak dan membawa kepada kes muflis melibatkan golongan belia.

Disamping itu, kajian daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) terhadap pelanggan mereka mendapati, keberhutangan tinggi rakyat Malaysia disebabkan kos hidup dan pengurusan kewangan yang lemah. AKPK dapat mengesan bahawa sikap pengguna sendiri yang materialistik, mahu mengikuti trend semasa dan berbelanja melebihi kemampuan diri telah memburukan lagi masalah kewangan dalam diri dan keluarga mereka.

 

Sumber rujukan:

Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …