MELAKA DIIKTIRAF ANTARA NEGERI PALING BAHAGIA DI MALAYSIA

BANDA HILIR 8 Ogos – Pengiktirafan Bandar Paling Bahagia, kepada empat pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini, sekali gus mengangkat Melaka sebagai antara negeri paling bahagia di Malaysia.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, menerusi Ranking Indeks Kebahagiaan Program Murninets 2021, semua PBT telah menerima pengiktirafan berbanding cuma dua pada 2020.

Katanya, Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mendahului ranking pada kedudukan ke-13 dalam negara daripada 127 bandar di Malaysia yang diiktiraf sebagai Bandar Paling Bahagia.

“MPAG telah menerima peratusan kebahagian sebanyak 98.17 peratus diikuti Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) pada ranking ke-26 dengan 91.97 peratus.

“Diikuti Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) pada ranking ke-33 dengan peratusan bahagia sebanyak 89.40 diikuti Majlis Perbandaran Jasin pada ranking ke-48 dalam negara dengan 85.48 peratus.

“Maka dengan peratusan diterima empat PBT ini, sekali gus telah mengangkat nama Melaka sebagai antara negeri paling bahagia di negara ini ,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Executive Talk Perundangan Perancangan Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172) Ke Arah Pembangunan Berdaya Huni bersama Ahli Majlis PBT Negeri Melaka, di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis, Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk M Noor Azman Taib, Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Tpr Dr Alias Ramli, Pegawai Kewangan negeri, Datuk Salhah Salleh, Pengarah PLANMalaysia Melaka, Nor Jafni Zainuddin dan Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu.

Sumber: Melaka Hari Ini

Foto: FB YAB KM

#DKNMy

Artikel/Berita Terkini

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA KESELAMATAN NEGERI (JKKN) NEGERI MELAKA BIL 1/2024

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri …
Maklumat Lanjut

PROGRAM KACAU BUBUR LAMBUK BERSAMA AGENSI KESELAMATAN (REJIMEN 514 ASKAR WATANIAH) NEGERI MELAKA

Bukit Beruang, 28 Mac – Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Negeri Melaka, Tuan Mohd Shaiful Hizam bin Johan turun padang bagi …
Maklumat Lanjut

OPS PENGARAH MAC 2024

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan telah mengadakan Ops Pengarah yang mensasarkan pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya …
Maklumat Lanjut