???????? “??? ??? ??????” ??????? ????? ?????????? ??????????? ???????????? (???)

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

ย 

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

 

Satu Taklimat berkaitanย  “Isu Mat Rempit” telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang. Taklimat ini dihadiri oleh YBhg Datuk Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha Pengangkutan Malaysia, diiringi oleh YDH CP Datuk Wira Mat Kasim bin Karim, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman.

Taklimat ini diadakan bagi membincangkan isu aktiviti lumba haram yang berlaku dan mendapatkan jalan penyelesaian yang lebih efektif dengan melibatkan kerjasama serta kolaborasi antara Jabatan-Jabatan dan Kementerian dalam kerajaan Malaysia.
Turut hadir ialah YDH CP Dato’ Mohd Shuhaily bin Mohd Zain, Ketua Polis Pulau Pinang, YDH DCP Fisol bin Salleh, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, SAC Winston Tan Thye Wah, Ketua Cawangan Khas, YDH SAC Mohd Nasri bin Omar, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, YBhg Tuan Adenan bin Md Isa, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Pulau Pinang, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Polis Daerah, Ketua-Ketua Formasi dan Pegawai-Pegawai Kanan.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

ย Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta. ย Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut