OPS KHAS INSTITUT MEMANDU ( OKIM)

NEGERI SEMBILAN, 09 OGOS 2022

Unit Operasi, JPJ Negeri Sembilan telah menjalankan Operasi Khas lnstitut Memandu (OKIM) di sekitar Negeri Sembilan. Tujuan Operasi ini diadakan adalah bagi memastikan Institut Memandu, tenaga pengajar dan kenderaan lnstitut Memandu mematuhi peraturan dan syarat-syarat yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pelesenan Institut Memandu (JKPIM) dipatuhi sepenuhnya serta kenderaan berada dalam keadaan baik dan selamat semasa belajar dan ujian memandu dilaksanakan.

Pihak institut memandu diingatkan untuk sentiasa mematuhi semua peraturan yang ditetapkan serta memberi perkhidmatan yang terbaik kepada calon-calon belajar memandu bagi melahirkan pemandu yang kompeten di atas jalan raya. Penguatkuasaan secara berterusan akan dilakukan bagi memastikan institut memandu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta dengan butiran lengkap pengadu dan juga butiran lengkap aduan.

Sumber: Facebook JPJ Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …