AKTIVITI GOTONG-ROYONG MENCEGAH PENYAKIT BERJANGKIT DAN MENGERATKAN PERPADUAN KOMUNITI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Kesedaran Peranan Masyarakat)

Komuniti perumahan Taman Pasir Indah, Pengkalan Tambang, Seberang Perai Tengah (SPT) telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan dan menceriakan persekitaran perumahan tersebut pada 7 Ogos 2022 (Ahad).

Aktiviti yang bermula kira-kira jam 8.00 pagi hingga jam 11.30 pagi itu bertujuan mengeratkan silaturrahim dalam kalangan penduduk dan memastikan persekitaran sentiasa bersih dari sarang nyamuk Aedes iaitu pembawa penyakit Denggi. Aktiviti gotong-royong ini merangkumi pembersihan longkang, rumput-rumput, sampah sarap dan sebagainya.

Pelbagai aktiviti telah dirancang oleh Persatuan Komuniti Taman Pasir Indah pada masa hadapan bagi mengeratkan perpaduan pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain yang menghuni taman perumahan tersebut. Justeru itu, persatuan mengharapkan sokongan dari komuniti bagi menjayakan pelbagai program yang akan dilaksanakan nanti demi kesejahteraan komuniti.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …