KUNJUNGAN HORMAT IPD DANG WANGI KE HKL

KUALA LUMPUR – YDH ACP Noor Dellhan bin Yahaya, Ketua Polis Daerah Dang Wangi bersama rombongan kepimpinan IPD Dang Wangi telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Cawangan Pembangunan dan Penswastaan, Hospital Kuala Lumpur pada 4 Ogos 2022.

Turut hadir bersama Supt Naazron bin Abdul Yusof, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, KBPJKK IPD Dang Wangi, Ketua Bahagian Pengurusan Daerah Dang Wangi, Ketua Bahagian Logistik IPD Dang Wangi dan Ketua Polis Balai Dang Wangi.

Ketibaan rombongan KPD Dang Wangi telah disambut mesra oleh Dr. Fairoz Azlim Muslim, Tim. Pengarah Perubatan III, En. Mohd Fahril bin Mokhy Ketua Penolong Pengarah serta barisan Cawangan Pembangunan dan Penswastaan, Hospital Kuala Lumpur.

Pada Kunjungan Hormat tersebut, Pengurusan IPD Dang Wangi bersama kepimpinan Hospital Kuala Lumpur telah membincangkan beberapa perkara yang lebih menumpukan kepada kerjasama di antara dua agensi bagi memberikan khidmat yang terbaik terhadap isu keselamatan. Selain membincangkan berkaitan tugas dan tanggungjawab, kunjungan kali ini adalah untuk berkongsi idea baru dalam memberikan komitmen sepenuhnya dalam bersama-sama menjayakan aktiviti dan menjalankan program secara bersama di dalam kawasan Pentadbiran IPD Dang Wangi bagi membantu masyarakat.

Sesi kunjungan mesra yang serba ringkas ini juga dapat mengeratkan hubungan dua hala antara IPD Dang Wangi dan Hospital Kuala Lumpur.

 

SUMBER: POLIS DANG WANGI

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …