KUNJUNGAN HORMAT KPD DANG WANGI KE KRT PETALING STREET

KUALA LUMPUR  – YDH ACP Noor Dellhan bin Yahaya, Ketua Polis Daerah Dang Wangi telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Petaling Street, Kuala Lumpur pada 4 Ogos 2022.

Turut hadir bersama Supt Naazron bin Abdul Yusof, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Semua Ketua Bahagian dan Semua Ketua Polis Balai IPD Dang Wangi. Ketibaan rombongan KPD Dang Wangi telah disambut mesra oleh Datuk Chan Kwok Chin Pengerusi KRT Petaling Street serta barisan Ahli Jawatankuasa KRT Petaling Street. Seramai 20 orang Ahli KRT Petaling Street telah hadir semasa program tersebut.

Kunjungan Hormat ke KRT Petaling Street ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan diantara IPD Dang Wangi dan KRT Petaling Street. Pada program kunjungan ini juga ada membincangkan isu – isu berkaitan keselamatan, pencegahan jenayah yang telah dan akan dijalankan terhadap kawasan disekitar Petaling Street. Sesi Kunjungan Hormat ini berjalan dengan lancar dan jayanya.

 

SUMBER: POLIS DANG WANGI

Artikel/Berita Terkini

ARTIFAK DARI BELANDA BUKTI KEHEBATAN MELAKA

Lendu – Usaha Kerajaan Negeri untuk membawa pulang artifak bersejarah Negeri Melaka sekian lama tersimpan di Belanda mendapat perhatian positif …
Maklumat Lanjut

TIGA PELABUHAN BAHARU DILULUSKAN DI MELAKA

Kuala Linggi – Kerajaan Negeri telah mendapat kelulusan untuk membina tiga pelabuhan laut dalam baharu membabitkan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi …
Maklumat Lanjut

RUKUN HAJI

Rukun Haji Ada Enam (6) Niat Ihram Haji ⁠Wuquf di Arafah ⁠Tawaf di Kaabah ⁠Sa’ie di antara Bukit Safa dan …
Maklumat Lanjut