HAKISAN ANCAM PANTAI BATU FERRINGHI

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Keselamatan Dalam Negeri)

Pantai Batu Ferringhi yang merupakan destinasi perkelahan popular penduduk setempat dan pelancong di Pulau Pinang diancam hakisan tebing di pesisir pantai itu sejak dua tahun lalu. Keadaan hakisan itu kini semakin buruk terutama ketika perubahan cuaca dan monsun.

Susulan beberapa kejadian tebing runtuh, pihak berkuasa tempatan sudah mengambil tindakan dengan meletakkan bongkah batu bagi menahan hakisan. Bagaimanapun, sebaliknya berlaku apabila ia menyebabkan perubahan dan arus ombak menjadi kuat hingga membahayakan keselamatan pengunjung.

Ketika cuaca buruk dan ombak bergelora, sebahagian bongkah batu hanyut serta terdampar di pesisir pantai dan jika dibiarkan, pesisir ini akan dipenuhi bongkah batu itu serta mencacatkan pemandangan.

Tinjauan terkini mendapati keadaan hakisan menjadi semakin buruk dipercayai akibat perubahan iklim dan sebahagian kawasan pantai sudah tidak sesuai dikunjungi. Pihak pengurusan hotel berhampiran turut meletakkan papan tanda amaran mengenai hakisan terbabit, selain memasang tali sebagai penghadang.

Sumber Rujukan : Berita Harian & Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …