CBSM PULAU PINANG : SEMARAK JIWA MERDEKA BERSAMA KOMUNITI BAYU NYAMAN, BAYAN BARU

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Semangat Kemerdekaan)

Konsep Keselamatan Menyeluruh (????????????? ????????) yang merupakan konsep yang terkandung dalam Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025 menjadi rujukan bahawa “Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama”.

Mendukung konsep ini, Majlis Keselamatan Negara Negeri Pulau Pinang (MKNPP) telah menganjurkan Program Semarak Jiwa Merdeka bersama Komuniti Bayu Nyaman di Daerah Barat Daya dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Pulau Pinang (JAPEN).

Program berbentuk ????????? ????? ???????? ?????????? (CBSM) turut meliputi penganjuran program yang memperkasakan komuniti dengan info-info berkaitan keselamatan, khususnya keselamatan negara.

Menerusi program yang dilaksanakan bersama komuniti Bayu Nyaman, taklimat keselamatan yang menyentuh intipati peranan masyarakat dalam keselamatan negara telah disampaikan oleh YDH DSP Ahmad Hamdi Jamaludin, Penolong Pengarah (Polis), MKNPP.

Program yang disertai lebih kurang 150 orang ini turut diisi dengan aktiviti mewarna kanak-kanak, pemeriksaan kesihatan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang dan pameran oleh pelbagai Agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Pos Malaysia dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, cawangan Negeri Pulau Pinang.

#DKNmy
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …