?? ??????? | ??????? ?????? ????? ?????? ?????? ?? ??? ???? ????

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang merampas 23 set bubu naga di dua lokasi di kedudukan lebih kurang 1.7 batu nautika barat Penaga, sekitar jam 2.03 hingga 3.05 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed berkata, melalui rutin rondaan OP PERTIWI yang dilakukan bot ronda Maritim Pulau Pinang petang semalam dan telah mengesan pelampung penanda yang mencurigakan di dua lokasi dan berjaya menemukan 23 set bubu naga yang dipasang oleh individu tidak bertanggungjawab.

Kesemua bubu naga tersebut dirampas dengan anggaran nilai RM 2,760 dan dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban untuk tindakan lanjut.

Sumber : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …