PROGRAM RONDAAN PENCEGAHAN JENAYAH BALAI POLIS PANTAI BERSAMA SRS TAMAN GASING INDAH, PANTAI DALAM, KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, 3 OGOS 2022 – Kpl Norhuda binti Selamat, Penyelia Unit Kolaborasi Sumber Balai Polis Pantai bersama L/kpl Mohd Nor Shahril bin Abd Wahid dari Unit Kolaborasi Sumber Balai telah menghadiri Program Rondaan Pencegahan Jenayah Balai Polis Pantai bersama SRS Taman Gasing Indah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Turut bersama sepanjang program ini adalah Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Petaling, Encik Khairul Muzamir bin Abdul Karim, Ketua Rondaan SRS, Encik Alan Woo Kean Keong serta 7 orang AJK/Ahli SRS Taman Gasing Indah.

Tujuan program ini diadakan adalah bagi mengeratkan lagi hubungan baik yang sedia terjalin antara PDRM khususnya Balai Polis Pantai dengan masyarakat setempat terutama anggota SRS di kawasan Taman Gasing Indah. Seterusnya, memperkasakan SRS di kawasan perumahan Taman Gasing Indah dalam usaha mencegah kegiatan jenayah dari berlaku di kawasan tersebut.

Program ini dapat memantapkan lagi peranan SRS dalam usaha untuk membantu pihak berkuasa membendung serta mencegah kes-kes kejadian jenayah di kawasan kediaman dan juga meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap keselamatan diri serta harta benda. Program sebegini dapat memupuk semangat kejiranan serta kesedaran antara semua Penduduk Taman Gasing Indah untuk sentiasa membantu pihak polis dengan menjadi Rakan Polis bagi menyalurkan maklumat untuk diambil tindakan.

Program ini telah berjalan lancar dan berakhir dengan jayanya pada jam 10.30 malam.

 

SUMBER: POLIS BRICKFIELDS

Artikel/Berita Terkini

JAMBATAN BAILEY DI JALAN KUANTAN-SEGAMAT DITUTUP SEMINGGU

Kuantan: Jalan Persekutuan (FT) 12 Jalan Kuantan-Segamat di Seksyen 102 (Kilometer 63 berhampiran kawasan burung unta) akan ditutup mulai 12 …
Maklumat Lanjut

51 PESERTA BAKAL PAMER KEMAHIRAN PANJAT POKOK TEMBUSU

Kuantan: Perbadanan Taman Negeri Pahang dengan kerjasama Persatuan Arborist Malaysia menganjurkan Pertandingan Memanjat Pokok Asia Pasifik (APTCC) 2024 di Kelab …
Maklumat Lanjut

JIM JALIN KERJASAMA DENGAN MC, JMB TANGANI ISU PATI

Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur mengambil inisiatif untuk menjalinkan kerjasama dengan Perbadanan Pengurusan (MC) dan Badan Pengurusan …
Maklumat Lanjut