595 KILOGRAM MINYAK MASAK PAKET 1KG BERSUBSIDI DISITA DALAM OPERASI BERSEPADU KPDNHEP BERSAMA PDRM

 

TUMPAT 30 Julai : Sepasukan Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri, Kelantan bersama Polis Diraja Malaysia, IPD Tumpat telah menjalankan Rondaan Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan di sekitar Cabang Empat Tok Mek Ngah, Nibong, Simpangan, Pengkalan Kubur, Tumpat Kelantan dan sempadan Negara.
Operasi tersebut dijalankan bermula jam 3.00 petang semalam, hasil daripada maklumat pasukan risikan mengesan pergerakan sebuah kenderaan jenis Proton Wira Aeroback berwarna kelabu yang mencurigakan di Cabang Empat Tumpat, Kelantan.
Pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan tersebut yang berpendaftaran Malaysia itu menemui minyak masak paket 1kg bersubsidi yang berada dalam kotak disyaki akan diseludup ke Thailand melalui pengkalan haram sekitar sempadan negara.
Dalam tindakan ini pasukan telah membuat sitaan terhadap minyak masak paket 1kg bersubsidi anggaran sebanyak 595 kilogram dengan nilai rampasan barangan kawalan anggaran sebanyak RM 1487.50 bersama kenderaan dengan nilai kenderaan sebanyak RM 8000.00
Modus operandi saspek menjalankan aktiviti tidak bermoral iaitu mendapatkan bekalan dari pembekal luar untuk mengaut keuntungan serta mengaburi pihak penguatkuasa.
Siasatan lanjut dijalankan keatas pemilik kenderaan dan barang kawalan yang diperolehi serta kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …