GPS 2022 DEDAH PENGALAMAN BAHARU KEPADA SISWA KIAS

 

PASIR MAS – 39 mahasiswa Kolej Universiti Sultan Ismail Petra (KIAS) memanfaatkan pengisian Program Advokasi Gerakan Pengguna Siswa (GPS) 2022 peringkat parlimen Pasir Mas anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Pasir Mas.
Program berkonsep didik hibur secara santai itu mendedahkan mahasiswa dan 150 hadirin lain kepada lapan hak kepenggunaan yang mesti diketahui sebagai pelengkap kesejahteraan hidup.
Sesi perkongsian advokasi kepenggunaan disampaikan oleh Pegawai KPDNHEP cawangan Pasir, Suhaimi Abbas.
Antara isi penting ialah pengguna wajar mendapat informasi tentang kuantiti, kualiti dan harga barang atau perkhidmatan yang perlu dibayar.
Aplikasi whatsapp di talian 019- 2794319 ialah saluran yang paling mudah untuk pengguna menyalurkan aduan dengan cepat supaya tindakan segera boleh diambil oleh pihak penguatkuasa KPDNHEP.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …