KESELAMATAN KANAK-KANAK DALAM KENDERAAN: KERUSI KESELAMATAN KANAK-KANAK (CRS)

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021 – 2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengukuhan Ketahanan Rakyat)

Kerusi keselamatan kanak-kanak atau Child Restraint System (CRS) merupakan kerusi yang direka khas untuk keselamatan kanak-kanak dalam kenderaan. CRS berfungsi untuk mengurangkan risiko kecederaan parah kepada kanak-kanak semasa nahas jalan raya apabila dipasang dengan betul.

Tahukah anda bahawa undang-undang pemakaian CRS telah diwartakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui Akta Pengangkutan Jalan 1978 – Kaedah-Kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar)(Pindaan) 2019.

Mulai 1 Januari 2020, undang-undang pemakaian CRS telah dilaksanakan ke atas kenderaan persendirian. Undang-undang di Malaysia menyatakan kerusi keselamatan kanak-kanak perlu mematuhi standard United Nation Regulation (UNR), iaitu R44 atau R129 dan kriteria anak-kanak ialah yang mempunyai berat kurang 36 kg, atau ketinggian kurang 136 cm atau berumur kurang 12 tahun.

Penggunaan CRS juga perlu mematuhi tiga (3) aspek berikut:
1. Jangan pasangkan CRS pada tempat duduk hadapan jika terdapat beg udara penumpang yang aktif;
2. Jangan ubah suai CRS kanak-kanak atau tali pinggang keledar; dan
3. Sentiasa pasangkan abah-abah (harness) pada CRS kanak-kanak.

Kanak-kanak mungkin akan menangis ketika meletak mereka di kerusi keselamatan namun ingat, jangan anda menangis melihat mereka hilang dari penglihatan.

Kepentingan penggunaan CRS juga boleh dilihat melalui pautan yang berikut:
Pengalaman seorang ibu yang telah terlibat dengan kemalangan jalan raya bersama anak kecilnya
Kanak-Kanak tercampak keluar dari kenderaan
Inilah yang berlaku sekiranya ibu bapa mengabaikan pemasangan CRS
Kereta boleh dibaiki, anak tiada ganti
Elakkan pemasangan CRS di tempat duduk hadapan

Artikel/Berita Terkini

28,531 CALON UPKK 2023 RAIH KEPUTUSAN CEMERLANG 8A

PUTRAJAYA, 18 APRIL: Seramai 28,531 daripada 230,587 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya mencatatkan keputusan cemerlang …
Maklumat Lanjut

TIPS PENGGUNAAN BARANGAN ELEKTRIK SEMASA DI RUMAH

Barangan elektrik tidak dapat dinafikan sangat banyak membantu memudahkan tugasan domestik seharian. Tugasan memasak, mengemas rumah dan mencuci pakaian tidak …
Maklumat Lanjut

LAPAN ANGGOTA FRU DIDAKWA SIMPAN BAHAGIAN BADAN PELANDUK

Lapan anggota polis dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menyimpan bahagian …
Maklumat Lanjut