YANG DI-PERTUAN AGONG RASMI PUSAT HEMODIALISIS YAYASAN AL-SULTAN ABDULLAH (YASA)

KUALA LUMPUR, 28 JULAI 2022 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan berangkat merasmikan Pusat Hemodialisis Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA), Setapak. Turut hadir ialah YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan, YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan dan YB Datuk Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Keluarga Malaysia golongan B40 dan M40 yang menghidapi penyakit buah pinggang kronik boleh mendapatkan rawatan hemodialisis di pusat ini yang merupakan cawangan terbaharu di bawah Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA). Boleh layari laman web YASA https://www.yasadialysis.com.my/ untuk maklumat lanjut. 

SUMBER GAMBAR: KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …