HARI PENGUMPULAN E-WASTE

Hari Pengumpulan E-waste ini adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk memberi pendedahan serta kesedaran kepada orang awam bahawa e-waste juga perlu di lupuskan dengan cara yang tepat, betul dan mesra alam. Oleh itu, terdapat sebanyak 198 Pusat pengumpulan e-waste di seluruh Malaysia yang menerima e-waste isi rumah dan telah berdaftar di bawah Jabatan Alam Sekitar. Anda boleh memilih pusat mana yang berhampiran dengan kawasan anda.

Maklumat berkaitan pusat pengumpulan yang berdaftar boleh diperolehi dari aplikasi “MyEwaste” atau layari laman sesawang https://ewaste.doe.gov.my. Antara barangan yang di kawal oleh Jabatan Alam Sekitar ada 6 iaitu peti sejuk, televisyen, komputer riba, mesin basuh, telefon bimbit dan pendingin hawa.

Walaibagaimanapun, jika anda mempunyai e-waste selain daripada barangan di atas ianya masih diterima. Kerjasama anda dalam melupuskan e-waste secara sistematik amat membantu pihak Jabatan Alam Sekitar dalam membendung masalah e-waste di negara kita. Kerjasama daripada semua pihak diperlukan untuk memastikan e-waste diurus secara mesra alam.

“ E-waste Dikitar Bumi Terpelihara ”

“ Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”

#ewaste

#SayaAdaEwaste

#JomLupusEwaste

#JabatanAlamSekitar

#KementerianAlamSekitarDanAir

#AlamSekitarTanggungjawabBersama

Sumber : JABATAN ALAM SEKITAR https://www.facebook.com/doe.gov.my

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …