SESI TEMU BUAL KUMPULAN BERFOKUS KAJIAN INDEKS KESELAMATAN KEBANGSAAN BAGI NEGERI PULAU PINANG: SESI 1

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 1: KEDAULATAN DAN KEUTUHAN WILAYAH

Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri telah melantik satu pasukan penyelidik daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk menjalankan kajian pemyelidikan khusus bagi membentuk dan mengukur Indeks Keselamatan Kebangsaan (IKK). Kajian penyelidikan ini menggunakan sembilan (9) Nilai Teras Keselamatan yang terkandung dalam Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025.

Sebagai salah satu daripada kaedah penyelidikan, pasukan penyelidik daripada UiTM Negeri Pulau Pinang telah dilantik untuk melaksanakan sesi Temu Bual Kumpulan Berfokus (Focus Group Discussion-FGDs) dengan kerjasama strategik bersama Majlis Keselamatan Negara Negeri Pulau Pinang. Responden kajian bagi FGDs ini merupakan pegawai/kakitangan daripada pelbagai kementerian, jabatan dan agensi peneraju keselamatan yang terlibat dalam melaksanakan strategi yang digariskan mengikut setiap Nilai Teras Keselamatan.

FGDs bagi Nilai Teras Keselamatan Negara 1: Kedaulatan Dan Keutuhan Wilayah telah dijalankan pada 21 Julai 2022 di UiTM Cawangan Negeri Pulau Pinang yang melibatkan agensi-agensi seperti berikut:

1. Angkatan Tentera Malaysia;
2. Tentera Laut Diraja Malaysia;
3. Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia;
4. Polis Diraja Malaysia;
5. Pasukan Polis Marin Wilayah Satu;
6. Majlis Keselamatan Negara;
7. Agensi Antidadah Kebangsaan;
8. Jabatan Imigresen Malaysia; dan
9. Jab. Laut Wilayah Utara.

Artikel/Berita Terkini

MOT DAPATKAN PANDANGAN PDRM, MKN, TINGKAT KESELAMATAN LAPANGAN TERBANG

MOT DAPATKAN PANDANGAN PDRM, MKN, TINGKAT KESELAMATAN LAPANGAN TERBANG Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata ini termasuk cadangan agar pihak lapangan …
Maklumat Lanjut

DUN SABAH: KERAJAAN NEGERI TEKAD TANGANI ISU BEKALAN AIR

KOTA KINABALU (18 April): Kerajaan Sabah bertekad untuk terus menangani isu bekalan air di negeri ini selain akan turut memperkasa …
Maklumat Lanjut

𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗔𝗠𝗔𝗡𝗔𝗧

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) YDH CP …
Maklumat Lanjut