SESI TEMU BUAL KUMPULAN BERFOKUS KAJIAN INDEKS KESELAMATAN KEBANGSAAN BAGI NEGERI PULAU PINANG: SESI 2

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 2: KESTABILAN SOSIO-POLITIK

Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri telah melantik satu pasukan penyelidik daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk menjalankan kajian pemyelidikan khusus bagi membentuk dan mengukur Indeks Keselamatan Kebangsaan (IKK). Kajian penyelidikan ini menggunakan sembilan (9) Nilai Teras Keselamatan yang terkandung dalam Dasar Keselamatan Negara (DKN) 2021-2025.

Sebagai salah satu daripada kaedah penyelidikan, pasukan penyelidik daripada UiTM Negeri Pulau Pinang telah dilantik untuk melaksanakan sesi Temu Bual Kumpulan Berfokus (Focus Group Discussion-FGDs) dengan kerjasama strategik bersama Majlis Keselamatan Negara Negeri Pulau Pinang. Responden kajian bagi FGDs ini merupakan pegawai/kakitangan daripada pelbagai kementerian, jabatan dan agensi peneraju keselamatan yang terlibat dalam melaksanakan strategi yang digariskan mengikut setiap Nilai Teras Keselamatan.

FGDs bagi Nilai Teras Keselamatan Negara 2: Kestabilan Sosio-Politik telah dijalankan pada 25 Julai 2022 di UiTM Cawangan Negeri Pulau Pinang yang melibatkan agensi-agensi seperti berikut:

1. Polis Diraja Malaysia;
2. Pejabat Penasihat Undang-Undang;
3. Suruhanjaya Pilihan Raya;
4. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia;
5. Institut Integriti Malaysia;
6. Jabatan Audit Negara; dan
7. Wakil daripada kumpulan wartawan.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …