HARI PENGUMPULAN E-WASTE

Hari Pengumpulan E-waste ini adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk memberi pendedahan serta kesedaran kepada orang awam bahawa e-waste juga perlu di lupuskan dengan cara yang tepat, betul dan mesra alam. Oleh itu, terdapat sebanyak 198 Pusat pengumpulan e-waste di seluruh Malaysia yang menerima e-waste isi rumah dan telah berdaftar di bawah Jabatan Alam Sekitar. Anda boleh memilih pusat mana yang berhampiran dengan kawasan anda.

Maklumat berkaitan pusat pengumpulan yang berdaftar boleh diperolehi dari aplikasi “MyEwaste atau layari laman sesawang https://ewaste.doe.gov.my. Antara barangan yang di kawal oleh Jabatan Alam Sekitar ada 6 iaitu peti sejuk, televisyen, komputer riba, mesin basuh, telefon bimbit dan pendingin hawa.

Walaibagaimanapun, jika anda mempunyai e-waste selain daripada barangan di atas ianya masih diterima. Kerjasama anda dalam melupuskan e-waste secara sistematik amat membantu pihak Jabatan Alam Sekitar dalam membendung masalah e-waste di negara kita. Kerjasama daripada semua pihak diperlukan untuk memastikan e-waste diurus secara mesra alam.

“ E-waste Dikitar Bumi Terpelihara ”

“ Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”

#ewaste

#SayaAdaEwaste

#JomLupusEwaste

#JabatanAlamSekitar

#KementerianAlamSekitarDanAir

#AlamSekitarTanggungjawabBersama

Sumber : JABATAN ALAM SEKITAR https://www.facebook.com/doe.gov.my

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut