CERAMAH DAN PAMERAN KESEDARAN AWAM & MEMBUDAYA AMALAN 3R SWCORP WILAYAH PERSEKUTUAN

KUALA LUMPUR, 27 Julai 2022, Rabu- SWCorp Wilayah Persekutuan telah dijemput oleh pihak pengurusan Tadika Calvary untuk menyampaikan ceramah dan pameran kepada murid-murid tahun 4 hingga 6. Penganjuran ceramah ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada kanak-kanak di awal usia agar menghargai alam sekitar dan mempraktikkan amalan 3R dalam kehidupan seharian.

Selain itu, aktiviti trash to cash juga turut dilaksanakan di Tadika Calvary. Barangan kitar semula yang berjaya dikumpul adalah seberat 12kg dengan nilai RM13.70.

SWCorp Wilayah Persekutuan ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan Tadika Calvary kerana berjaya melaksanakan aktiviti kesedaran awam dan membudayakan amalan 3R dikalangan murid-murid mereka. Semoga usaha ini akan berterusan dan menjadi contoh ikutan untuk tadika-tadika swasta yang lain.

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam – SWCorp

Ummi K Shuib

#PasukanKPKT

#PloggingWarrior

#Sukarelawan

#MyliveableSquad

#BeraniTegur

#BermulaDenganSaya

#KerjaLuarBiasa

#KeepMalaysiaClean

#AsingkanSisa

#SeparationAtSource

#KItarSemula

#ViralMalaysia

#WilayahPersekutuanTheHeartOfMalaysia

SUMBER : SWCorp WILAYAH PERSEKUTUAN

Artikel/Berita Terkini

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut