BUAL BICARA KETUA PENGARAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA , BERSAMA TOKOH WARTAWAN NEGARA

KUALA LUMPUR, 27 Julai 2022 Bual bicara Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia , YBhg Dato’ Ir. Dr. Md. Nasir bin Md. Noh bersama Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Dr Johan Jaaffar dalam membincangkan tugas-tugas JPS yang bukan sahaja mengurus sungai dan banjir. Fungsi JPS besar dalam pembangunan negara dan keseimbangan ekologi.

Perubahan iklim dan peningkatan paras air laut merupakan antara faktor yang menyebabkan perilaku banjir masa kini berbeza yang berlaku tanpa mengira kawasan dan musim. Selain itu juga, kepesatan pembangunan serta pembukaan tanah/penebangan pokok yang menyebabkan kadar alir sungai bertambah sehingga menjadi punca banjir besar berlaku.Ini menyebabkan halangan sampah dalam sistem saliran turut menjadi punca banjir yang menyekat aliran air ke sungai.

 Oleh yang demikian, kerjasama semua pihak dalam menjaga sistem saliran/perparitan/sungai dengan memastikan tidak membuang sampah sarap/mengalirkan air buangan sisa dapur ke dalamnya untuk memastikan kualiti air sungai pada tahap yang baik.

Program kesedaran masyarakat dalam menjaga dan menghargai sungai juga diterapkan melalui aktiviti kutip sampah sambil riadah (KUDAH).

#jayakanperkhidmatansempurna

#JPSMalaysia

#jps90

Sumber : JPS KUALA LUMPUR  https://www.facebook.com/JPSWPKL

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …