WARGA PARLIMEN BANTU DERMA DARAH

Biro Rekreasi Kelab Sukan Dan Kebajikan Parlimen Malaysia (KESPA) telah mengambil inisiatif untuk mengadakan kempen derma darah dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang di Ruang Lobi, Blok Ahli Parlimen & Pentadbiran, Bangunan Parlimen Malaysia pada 26 Julai 2022.

Penganjuran ini selaras dengan hasrat Parlimen Malaysia dalam memberikan kesedaran tentang kepentingan serta mempromosikan kebaikan menderma darah yang boleh menyelamatkan nyawa terutamanya di kalangan ahli-ahli Parlimen, Pegawai Kerajaan serta warga Parlimen Malaysia.

Program derma darah pada hari ini juga telah menarik minat YB Tuan Khairy Jamaludin Abu Bakar, Menteri Kesihatan Malaysia untuk meluangkan masa melihat perjalanan program.

Tahniah & syabas kepada para penderma yang budiman.

 

SUMBER: PARLIMEN MALAYSIA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …