PROGRAM JUALAN RAKYAT MYGROCER BERI MANFAAT KEPADA 19,000 GOLONGAN B40

LABUAN : Program Jualan Rakyat @MyGrocer peringkat Wilayah Persekutuan Labuan bakal memberi manfaat kepada 19,000 golongan B40 di pulau ini.

Pengerusi Perbadanan Labuan, Senator Datuk Bashir Alias berkata, program hasil inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Labuan dan Yayasan Wilayah Persekutuan memfokaskan kepada jualan barangan asas bersubsidi iaitu ayam dan telur ayam yang secara langsung  membolehkan rakyat berbelanja pada harga yang lebih rendah daripada harga siling yang ditetapkan kerajaan.

Jelasnya, program tersebut akan memberi manfaat kepada penduduk Labuan khususnya golongan B40  untuk tempoh 6 bulan  yang melibatkan peruntukan berjumlah hampir RM399.000.00.

“Setiap penerima akan diberikan kopun untuk digunakan semasa membeli ayam dan telur di 18 buah kedai rakan strategik Perbadanan Labuan yang melibatkan peniaga ayam di pasar  Sentral dan juga di beberapa  pasaraya terpilih.

“Ini adalah usaha murni kerajaan di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Perbadanan Labuan dan Yayasan Wilayah Persekutuan bagi memastikan golongan B40 terus terbela dengan kenaikan harga barangan yang membebankan  terutamanya bagi masyarakat di Labuan” katanya.

Beliau berkata demikian  kepada media selepas melancarkan program tersebut di Pasar Sentral, pada Selasa.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Perbadanan Labuan, Haji Rithuan Mohd Ismail, Pengarah Pejabat Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Junaidah Arbain, Pegawai FAMA, Haji Abdul Rahman Mohd Yaakob dan Timbalan Pengarah Peladang, Sahraizad Amat Sha.

Pada majlis itu, Bashir yang juga Ahli Dewan Negara menyampaikan replika kopun  belian  kepada  18 kedai yang merupakan rakan strategik Program Jualan Rakyat  MyGrocer dan juga peniaga ayam di Pasar Sentral

SUMBER : BORNEO DAILY BULLETIN

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …