KILANG LOGAM DI PULAU PINANG DIKOMPAUN RM10,000

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Dua kilang logam di Kawasan Perusahaan Perai telah dikenakan kompaun oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang masing-masing berjumlah RM10,000 . Pemeriksaan mendapati kedua-dua kilang berkenaan gagal menguruskan buangan terjadual mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Ia membabitkan kegagalan meliputi isu pelabelan, penstoran dan penyediaan inventori buangan yang betul. Pasukan penguat kuasa JAS turut mengambil sampel ke atas buangan terjadual berkenaan sebelum dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) Pulau Pinang untuk dianalisa.

Selain itu, pihak industri diingatkan sentiasa memastikan tahap pengurusan buangan terjadual mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. JAS sentiasa bersedia membantu pihak industri atau pemaju yang memerlukan khidmat nasihat berkaitan pengurusan buangan terjadual.

Sumber Rujukan : Harian Metro dan Utusan Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …