1020 KILOGRAM MINYAK MASAK PAKET 1KG BERSUBSIDI DISITA DALAM OPERASI BERSEPADU KPDNHEP BERSAMA PDRM

 

TUMPAT 21 Julai : Sepasukan Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri, Kelantan bersama Polis Diraja Malaysia, IPD Tumpat telah menjalankan Rondaan Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan di sekitar Tumpat, Kelantan dan sempadan Negara.
Operasi tersebut dijalankan bermula jam 3.00 petang semalam, hasil daripada maklumat pasukan risikan mengesan pergerakan sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda berwarna hitam yang mencurigakan di Cabang Empat Tumpat, Kelantan.
Pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan jenis Mitsubishi Pajero 4×4 yang berpendaftaran Malaysia itu menemui minyak masak paket 1kg bersubsidi yang berada dalam kotak disyaki akan diseludup ke Thailand melalui pengkalan haram sekitar sempadan negara.
Dalam tindakan ini pasukan telah membuat sitaan terhadap minyak masak paket 1kg bersubsidi anggaran sebanyak 1020 kilogram dengan nilai rampasan barangan kawalan anggaran sebanyak RM 2550.00 bersama kenderaan dengan nilai kenderaan sebanyak RM 20, 000.00
Modus operandi saspek menjalankan aktiviti tidak bermoral iaitu mendapatkan bekalan dari pembekal luar untuk mengaut keuntungan serta mengaburi pihak penguatkuasa.
Siasatan lanjut dijalankan keatas pemilik kenderaan dan barang kawalan yang diperolehi serta kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Artikel/Berita Terkini

MELENTUR TOLERANSI MELALUI PERAYAAN: MANIFESTASI SIKAP LIBERAL BUDAYA DI MALAYSIA

Sambutan Hari Deepavali yang baru sahaja berlalu membuktikan sekali lagi bahawa Malaysia merupakan sebuah negara masyarakat majmuk yang unik dan …

ANCAMAN PERISIAN HASAD XCPE TERHADAP KESELAMATAN PERANTI PINTAR

Perisian hasad XCPE atau pintu belakang (backdoor) x.cpe merupakan antara ancaman siber paling berbahaya yang kini dilaporkan telah menjangkiti lebih …

MISTERI DI BALIK TABIR TIDUR: ANTARA MIMPI, PETANDA, DAN MITOS

Malam melabuhkan tirainya, dan ketika kelopak mata mula rapat, roh kita seolah-olah dibawa terbang ke satu alam yang asing namun …