AKTIVITI BERBASIKAL PENDUDUK PULAU MUTIARA MAMPU MEMBANTU DALAM PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Pemuliharaan Alam Sekitar)

Di Pulau Pinang, penggunaan basikal untuk aktiviti harian dan riadah kian bertambah saban tahun. Malah ianya turut disokong dengan penganjuran pelbagai program berbasikal secara konsisten misalnya Bike on Friday (BoF), iaitu kempen kayuhan basikal setiap Jumaat juga memasuki edisi ke-337 minggu, sejak diperkenalkan pada 2015.

Menurut Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk Yew Tung Seang, MBPP sudah menyediakan rangkaian berbasikal sejauh 205.3 kilometer (km) dengan 42.4 km daripadanya adalah laluan khusus yang tidak berkongsi dengan kenderaan lain.
Rangkaian basikal itu meliputi pesisir pantai, tapak warisan Georgetown, kawasan berbukit-bukau di Bukit Bendera, empangan Air Itam selain kawasan perkampungan dan tepi pantai di Balik Pulau.

Justeru, MBPP juga menyediakan kemudahan laluan berbasikal berbumbung, misalnya di jambatan berpusing dikenali sebagai Jambatan Harapan berdekatan pusat beli-belah Queensbay, menanam pokok untuk teduhkan kawasan laluan penunggang basikal secara semula jadi.

Ada beberapa kemudahan turut disediakan di laluan terpilih antaranya menyelenggara basikal, tempat parkir dengan kawalan keselamatan seperti di bangunan City Hall, Padang Kota Lama dan lampu solar panel menggunakan tenaga hijau.

Ini sebahagian usaha menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah bandar lestari dan mesra basikal selaras agenda berbasikal giat dimulakan sejak 2010 sekali gus mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di negeri ini pada masa depan.

 

Sumber : Berita Harian 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …