ANAK VETERAN BERPELUANG SAMBUNG BELAJAR SECARA PERCUMA SELAMA SETAHUN DI UNIRAZAK

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 6: KEADILAN SOSIAL (Akses Pendidikan Kepada Semua)

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa kerajaan sentiasa bersikap terbuka dan cakna mengenai isu kebajikan veteran tentera dan keluarga mereka dengan melaksanakan pelbagai inisiatif sebagai tanda penghargaan atas jasa pengorbanan mereka selama ini.

Terbaharu, Perdana Menteri ketika berucap dalam perasmian Pejabat Pentadbiran Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Cawangan Bera pada 13 Julai 2022, beliau mengumumkan bahawa Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) akan menanggung kos pengajian selama setahun bagi 2,500 anak veteran tentera yang berpeluang melanjutkan pelajaran di universiti berkenaan.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan juga berusaha menambahbaik kebajikan dan kesihatan golongan veteran dengan memberi bantuan sebanyak RM500 kepada mereka yang menjaga pasangan terlantar.

Sumber Rujukan :

Bernama

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …