60.9 PERATUS POPULASI PULAU PINANG TERIMA DOS PENGGALAK COVID-19

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Pandemik dan Keselamatan Kesihatan)

Ketua Menteri Pulau Pinang  memaklumkan bahawa Pulau Pinang merupakan negeri kedua tertinggi menerima dos penggalak COVID-19 dengan lebih 1.08 juta penduduk di Pulau Pinang atau 60.9 peratus sudah menerima suntikan dos itu selepas Lembah Kelang.

Pulau Pinang juga merekodkan penerima dos pertama dan kedua tertinggi selepas Lembah Klang. Ini menunjukkan bahawa rakyat Pulau Pinang sedar mengenai kepentingan pengambilan vaksin Covid-19 berserta dos penggalak bagi melindungi diri mereka.

Beliau turut menyeru kepada individu yang masih belum mengambil dos penggalak agar berbuat demikian, khususnya warga emas yang mempunyai sejarah penyakit. Walaupun dos penggalak itu tidak diwajibkan, pengambilannya akan dapat memastikan perlindungan lebih baik terhadap virus berbahaya.

 

Sumber : Harian Metro & BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …