KARNIVAL JOM BELI RUMAH TAWAR 10,000 UNIT RUMAH MAMPU MILIK

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAPAN (Perumahan  Rakyat & Kemampuan Pemilikan)

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan merancang untuk mengadakan Karnival Jom Beli Rumah 2022 di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur selama tiga hari bermula 15 Julai 2022 ini. Karnival yang akan disertai lebih 40 pempamer yang menggabungkan semua pihak daripada kerajaan termasuk pelbagai agensi dan pemaju swasta ini akan menawarkan 10,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican ketika ditemui pada program Korban Parlimen Kepala Batas di Surau Darul Furqan Taman Penaga Permai, Pulau Pinang memaklumkan bahawa karnival ini dijangka dapat memenuhi keperluan golongan muda terutama B40 dan M40 dengan menampilkan hartanah mampu milik kepada mereka.

Karnival ini bukan sahaja menyasarkan golongan B40 sebaliknya M40 juga kerana unit kediaman bernilai RM300,000 hingga RM800,000 agak tinggi tidak terjual di seluruh negara. Jadi, inilah peluang untuk ia dijual kepada orang ramai. Karnival itu akan dibawa ke seluruh negara untuk memberi peluang kepada orang ramai melihat prospek hartanah terutama rumah seterusnya membeli kediaman pilihan mereka.

 

Sumber Rujukan : Harian Metro 

Artikel/Berita Terkini

PAHANG SALUR RM1.2 JUTA UNTUK PROGRAM CELIK AL-QURAN OKU PENGLIHATAN

KUANTAN: Kerajaan negeri menyalurkan peruntukan RM1.2 juta melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi Program Celik al-Quran Braille untuk golongan orang …
Maklumat Lanjut

PENTINGKAH KEAMANAN DAN KEDAMAIAN DALAM SESEBUAH NEGARA?

Saban hari, persoalan tersebut sering bermain di fikiran setiap generasi muda yang baru hendak melangkah ke alam dewasa. Di mana …
Maklumat Lanjut

PENGETAHUAN CPR MASIH RENDAH DIKALANGAN MASYARAKAT KITA

Pengetahuan asas bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dalam kalangan masyarakat  di negara ini masih rendah meskipun bilangan kes kematian mengejut dilaporkan …
Maklumat Lanjut