PANTAU KOS SARA HIDUP PELAJAR IPT: KPT AKAN WUJUDKAN JAWATANKUASA KHAS

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Perkongsian Kemakmuran yang Adil, Menyeluruh & Berkekalan)

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dilaporkan akan mewujudkan jawatankuasa khas bagi memantau kos sara hidup dalam kalangan pelajar kampus institut pengajian tinggi (IPT) yang kini terpaksa menanggung kenaikan harga makanan.

Timbalan Menteri, Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad, berkata jawatankuasa khas berkenaan akan dipimpin kalangan pelajar dan dibantu IPT di seluruh negara. Jawatankuasa itu akan diwujudkan menjelang Ogos depan sebagai persiapan dengan kemasukan pelajar baharu dan yang menyambung pengajian kembali semula ke kampus masing-masing.

Dalam perkembangan lain, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi pada 5 Julai 2022 telah merasmikan inisiatif FOOD@CAMPUS Keluarga Malaysia 2.0 di Lobi Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya.

Inisiatif yang telah mula dilaksanakan sejak tahun 2021 adalah selaras dengan usaha kerajaan dalam memperkasa mahasiswa sepertimana yang digariskan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 menerusi Lonjakan 1: Melahirkan Mahasiswa yang Holistik, Berciri Keusahawanan dan Seimbang. Antara objektif inisiatif FOOD@CAMPUS Keluarga Malaysia ialah membantu meringankan tanggungan perbelanjaan makanan harian pelajar daripada golongan B40 bersasar di IPT serta menggalakkan tambahan inisiatif kebajikan makanan kepada pelajar daripada golongan B40 bersasar di IPT melalui sumbangan tabung kebajikan, badan wakaf dan zakat serta agensi bertanggungjawab.

 

Sumber rujukan:

Berita Harian

Laman Facebook Kementerian Pengajian Tinggi

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …