BENCANA BANJIR BALING: APM PULAU PINANG KERAHKAN TENAGA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengurusan Bencana)

Seramai 52 anggota termasuk pegawai dan Pasukan Khas Pertahanan Awam (PASPA) dari APM Pulau Pinang terlibat operasi mencari dan menyelamat di Kampung Iboi, Baling, Kedah dalam tragedi banjir kilat dan kepala air yang pertama kali berlaku di kampung tersebut.

Pasukan SAR dan pasukan PASPA dalam pencarian dan menyelamat mangsa bermula dari 4 Julai berikutan kejadian yang telah meragut nyawa 3 sekeluarga termasuk ibu mengandung.

Kerosakan dan kemusnahan harta benda yang dialami penduduk kampung masih dalam penilaian serta tidak dapat dipastikan jumlah kerugian buat masa ini.Pasukan SAR APM bersama-sama dengan agensi yang terlibat iaitu JBPM, PGA dan PDRM turut membuat proses pencarian dan tinjauan.

Serentak itu juga, YAB Perdana Menteri turut melahirkan rasa sedih dan simpati dengan bencana banjir itu yang mengakibatkan kehilangan nyawa terkorban. Beliau turut mendoakan semoga semua mangsa banjir tabah menghadapi dugaan itu.

Sumber rujukan:

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pulau Pinang

Laman Facebook YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …