LABUAN INTERNATIONAL SEA CHALLENGE (LISC) 2022
WP LABUAN – Flag Off Pertandingan Memancing Laut Dalam LISC 2022 telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Rithuan bin Hj. Mohd Ismail, Timbalan Pegawai Eksekutif (Pengurusan) PL dan diiringi oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) PL pada Sabtu.
Pertandingan ini dikelolakan oleh GHRT Labuan yang disertai 55 pasukan melibatkan 18 buah kapal laut dalam. Pasukan ini terdiri daripada negeri Johor, Perak, Penang, Kuala Lumpur, Sabah dan tuan rumah WP Labuan.
PL mengucapkan ribuan terima kepada Jawatankuasa Keselamatan Laut yang diketuai oleh agensi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Laut Malaysia WP Labuan, Jabatan Perikanan Malaysia, dan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah WP Labuan.


SUMBER: PERBADANAN LABUAN