KOPERASI AGROMAKANAN BOLEH MOHON TABUNG MODAL PUSINGAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI

Koperasi yang terlibat dalam bidang agromakanan boleh membuat permohonan pembiayaan Tabung Modal Pusingan (TMP) mulai sekarang bagi mempertingkatkan pengeluaran komoditi masing-masing lapor akhbar Sinar Harian.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Omar memaklumkan, setakat ini TMP yang diletakkan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mempunyai dana sedia ada RM400 juta dan tambahan peruntukan RM100 juta di bawah Tabung Agromakanan.

Khidmat pembiayaan melalui Tabung Modal Pusingan (TMP-SKM) telah diwujudkan di bawah Akta Acara Kewangan 1957 dalam tahun 1985 bertujuan membantu koperasi dalam penyediaan dana untuk melaksanakan projek yang berdaya maju. Sebagai maklumat tambahan, semua koperasi yang berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 (Akta 502) yang diselia oleh SKM adalah layak untuk memohon.

Permohonan perlu dikemukakan melalui Sistem Permohonan Atas Talian (Online) SKM

 

Sumber rujukan:

Sinar Harian

Laman Web Rasmi Suruhanjaya Koperasi Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …