BELIA MANFAAT KARNIVAL KERJAYA UNTUK MASA DEPAN

AYER LIMAU 5 Julai – “Terima kasih kepada penganjur kerana membuka peluang pekerjaan, kami bebas pilih kerjaya yang diminati.

“InsyaAllah kami akan membuat pilihan yang sesuai dengan kelulusan akademik dan pengalaman,” kata Mohd Hakim Nasir, 27, menghadiri Karnival Kerjaya Anak Muda Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau di Dewan Tan Sri Abu Seman, di sini, 3 Julai lalu.

Mohd Hakim menyatakan minat untuk berkhidmat di kilang pemasangan kereta Honda di Pegoh, Alor Gajah kerana bukan setakat menawarkan upah munasabah, malah sesuai dengan jiwanya yang meminati bidang automotif.

Dia sedang berkhidmat di sebuah pusat pengajian di Lubok Cina, adalah antara belia yang terawal hadir di karnival berkenaan semata-mata untuk mendapatkan peluang kerja di syarikat pemasangan kereta itu.

“Semasa ditemuduga, saya nyatakan minat mendalam dalam bidang automotif dan berjanji memberikan perkhidmatan terbaik jika dipilih,” katanya.

Sementara itu Lydia Azahari, 25, kini bertugas secara kontrak di sebuah jabatan kerajaan selepas menamatkan pengajian dalam bidang Matematik Pengurusan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seremban, Negeri Sembilan tiga tahun lalu.

“Sekarang saya berminat menceburi bidang pendidikan sesuai dengan jiwa dan berharap diberikan peluang mencurahkan ilmu kepada anak bangsa,” katanya.

Anak ketiga daripada empat adik-beradik itu menghadiri temuduga sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) dan taman didikan kanak-kanak (Tadika) swasta selain mendapatkan maklumat mengenai tawaran kerja beberapa syarikat lain.

Manakala Zarith Mohd Don, 24, berkata dia baharu sahaja menamatkan perkhidamatan di sebuah syarikat penghantaran barang dan memanfaatkan peluang itu untuk mendapatkan pekerjaan baharu.

“Saya graduan dalam bidang reka bentuk grafik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan sebelum ini hanya bekerja sementara berusaha mendapatkan pekerjaan lain,” katanya.

Dia berkata, cabaran untuk mendapatkan pekerjaan sekarang mendorongnya untuk menghadiri karnival seumpama itu, selain sentiasa meninjau peluang kerja ditawarkan pelbagai syarikat di laman sosial.

 

Sumber : Melaka Hari Ini

Artikel/Berita Terkini

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA KESELAMATAN NEGERI (JKKN) NEGERI MELAKA BIL 1/2024

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri …
Maklumat Lanjut

PROGRAM KACAU BUBUR LAMBUK BERSAMA AGENSI KESELAMATAN (REJIMEN 514 ASKAR WATANIAH) NEGERI MELAKA

Bukit Beruang, 28 Mac – Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Negeri Melaka, Tuan Mohd Shaiful Hizam bin Johan turun padang bagi …
Maklumat Lanjut

OPS PENGARAH MAC 2024

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan telah mengadakan Ops Pengarah yang mensasarkan pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya …
Maklumat Lanjut