ASEAN AUTISM AWARENESS WALK 2022

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Pengukuhan Kesihatan Minda dan Ketahanan Rakyat)

Georgetown, 4 Julai 2022 – Program Asean Autism Awareness Walk 2022 telah berlangsung pada 4 Julai 2022 di Taman Bandaraya, Pulau Pinang. Antara tetamu kenamaan yang menghadiri program ini ialah YB Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Kesihatan Malaysia diiringi oleh YDH CP Dato’ Mohd Shuhaily bin Mohd Zain, Ketua Polis Pulau Pinang dan YB. Lee Chun Kit, ADUN Pulau Tikus.

Program berjalan kaki sejauh 2km ini adalah untuk menyokong Kempen Kesedaran ASEAN Autism Walk. Acara ini didedikasikan untuk menyokong serta menggalakkan penghidap autisme dan keluarga untuk meneruskan kehidupan seharian seperti masyarakat lain.

Langkah kesedaran ini menghimpunkan penghidap autisme dan ibu bapa, saudara mara, dan rakan-rakan agar dapat menggalakkan penghidap autisme untuk mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti sosial dan sukan. Bersama-sama, kita memberi sokongan kepada penghidap autisme agar mereka boleh mencapai potensi dan membentuk kumpulan mereka sendiri di peringkat komuniti.

 

Sumber rujukan:

PDRM Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …