??????? ???????? ?????? ???????????? ???? ???? ‘?????? ???????? ????? ?????????’

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana (M) Dato’ Mohd Zubil Bin Mat Som menghadiri perbincangan tiga hala – ‘Global Maritime Crime Programme’ anjuran United Nation Office on Drug and Crime (UNODC) di Filipina.
Perbincangan yang dilakukan secara trilateral ini adalah pertemuan enam mata antara pimpinan tertinggi badan penguatkuasaan maritim tiga negara iaitu Malaysia, Filipina dan Indonesia.
Malaysia diwakili oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia sendiri, manakala Indonesia diwakili oleh Kepala Badan Keamanan Laut Republik Indonesia (BAKAMLA), Laksdya TNI Dr. Aan Kurnia dan Filipina diwakili oleh Komandan Philipine Coast Guard (PCG), Laksamana Artemio M Abu.
Tujuan pertemuan ini adalah bagi membincangakan soal keselamatan perairan di tiga negara berjiran, sekali gus mengukuhkan lagi hal ehwal penguatkuasaan undang-undang maritim serantau.
SUMBER: AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …